Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam rasuah, perlu dikenakan tindakan yang lebih drastik, seperti terus ditamatkan perkhidmatan, atau lebih dikenali sebagai 'pencen seringgit'.<br /><br />Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah yang terkenal sewaktu zaman bekas Ketua Polis Negara Tun Mohamed Hanif Omar itu, adalah bukti ketegasan ke atas mana-mana pegawai kanan atau anggota bawahan.